Friday, June 24

Yahh, saya tak perfect macam abang awak.

Assalamualaikum.

Awak sayang abang angkat awak tak? mesti awak cakap sayang.

Kalau awak tanya saya macam ni '' awak sayang abang saya tak?''

Saya takkan jawap, sebab saya dah termuntah dah dengar nama 'abang' awak.

Pleaselah, saya dah taknak dengar nama 'abang' awak dalam mesej kita.

Eh menyampah, sedih, geram, bengang semua ada.

Yaa, abang awak dapat happykan awak.

Abang awak dapat buat awak ketawa.

Abang awak dapat buat awak tersenyum.

Abang awak dapat tahu semua isi hati awak.

Abang awak ada hobi yang sama macam awak.

Abang awak ada pencapaian sama macam awak.

Abang awak ada cita cita tinggi macam awak.

Abang awak ada dengan awak time birthday kita.

Abang awak ada time awak sedih kerana rindu akan kasih sayang, dan abang awak bagi kasih sayang dia kat awak.

Abang awak caring pasal awak. Awak pun caring pasal abang awak.

Abang awak banyak chemistry dengan awak. Kenapa bukan saya?

Abang awak lagi perfect dari saya, ya. Itulah jawapannya..

Dia banyak chemistry dengan awak sebab awak perfect, dan dia juga perfect.

Ya Tuhan, kenapa masih ada orang yang pentingkan diri sendiri macam aku ni hidup lagi?

Jauhkanlah dirinya sejauh jauhnya dariku jika dia bukan untukku. Amin Ya Rabbal Alamin.


Salam sayang,

Nurul Izzah.

No comments:

Post a Comment